Apa yang terjadi pada hari esok biarlah terjadi kerana kita sebagai manusia takkan mampu berbuat apa-apa
Hiduplah untuk hari ini dan tidak perlu terlalu risau akan hari esok . Kerana apabila hari esok tiba , kita takkan mampu mengubah kedaan pada hari ini
Apa pun yang terjadi pada hari ini sama ada baik mahupun buruk , nikmati lah kerana ia adalah satu kenangan dan pengalaman bagi kita semua . Setiap yang terjadi ada baiknya . Yang buruk kita simpan dan dijadikan pengajaran , dan yang baik kita teruskan serta dijadikan teladan .
Perkataan 'KALAU' takkan mampu mengubah masa silam , kerana setiap perkara yang terjadi sememangnya sudah ditetapkan sejak kita lahir , bahkan sejak kita wujud di dalam rahim permaisuri kita iaitu insan yang bernama Ibu .
So , anything happen for tomorrow , just move on ! Keep strong ! Chaiyok ! Fighting and dongibup !
ManisaMong
No comments:
Post a Comment