Monday, 1 February 2016

Pengkhianatan

Dalami dan Hayati Kisah ini

Setelah bertahun menyulam kasih, memintal benang cinta dan menenun sayang tetapi inikah pengakhirannya ? Tidak ku mengerti mengapa ini terjadi kepada diri ku ? Apakah salah diri ku ? Mengapa aku dipermainkan sehingga sebegini rupa ? Aku hanya lah insan yang ingin dicintai dan mencintai. Apakah perkara itu sukar ? Mengapa masih wujud insan yang sebegitu ? Dimanakah "sesuatu" yang dinamakan  PERASAN dalam diri mereka ? Apakah hati mereka hati batu yang tidak mempunyai perasaan simpati dan empati ? Memang aku adalah lelaki tetapi aku juga punyai perasaan yang tidak ingin dilukai sebegini.

Empat tahun yang lalu, aku telah berkenalan dengan seorang perempuan yang bernama A. Perkenalan yang singkat bersama A telah menyemai benih cinta dalam hati masing-masing dan kemudiannya telah membuahkan bibit cinta. Apabila aku bersama A, aku rasakan sesuatu perasaan yang sememangnya amat sukar untuk ku ungkapkan hanya melalui kata-kata. Perasaan itu juga tidak mampu digambarkan melalui tindakan dan perbuatan. Ia hanya mampu dirasai oleh sekeping hati lelaki ku.
 
Aku bekerja sebagai tentera laut bagi negeri Sarawak yang tercinta. Tugas ku sebagai pelindung negara sememangnya memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang sangat besar. Percintaan ku dengan A tidak sesekali dapat melalaikan aku daripada tanggungjawab ku sebagai tentera yang menjaga benteng negara. Dan A juga memahami kerja diri yang bertugas sebagai tentera laut. A pula seorang penuntut di sesebuah universiti yang tersohor dan sedang mengambil jurusan kedoktoran peringkat degree. A juga sedang menuntut bersama-sama dengan sahabat baik ku sejak kecil iaitu Z.

Z adalah sahabat ku yang sangat rapat dengan ku, malahan aku lebih rapat dengan Z berbanding dengan ahli keluarga ku yang lain. Sekiranya aku menghadapi masa, semuanya memang aku kuahkan dengan Z. Dan Z juga begitu. Hubungan aku dengan Z umpama isi dengan kuku yang tidak dapat dipisahkan. Oleh kerana Z menuntut di universiti yang sama dengan A, maka sedikit sebanyak aku meminta pertolongan daripada Z untuk menjaga A bagi pihak aku. 

Hati demi hari, bulan berganti bulan dan tahun beralih tahun, hubungan aku dan A semakin erat. aku tahu A sangat meyayangi ku sama seperti aku juga menyayangi A. Pada hari jadi A yang lepas aku telah menghadiahkan A seutas rantai emas sebagai tanda kasih sayang ku kepada A. Apalah sangat dibandingkan duit dengan kasih sayang seorang insan yang bakal mejadi peneman hidupku.

Pada tarikh 10 April 2015 aku pergi ke rumah sewa A untuk memberi kejutan kepada A kerana A tidak tahu tentang kejutanku ini. Aku juga ingin memberikan kejutan bahawa aku ingin melamar dirinya menjadi suri di hatiku. Aku ingin menjadikan A bidadari yang sentiasa menerangi hidupku dengan tawa gembiranya dan senyuman manisnya. Aku juga ingin sentiasa berada disisiya disaat suka dan duka, di saat jatuh dan bangun ku.

Ketika itu aku hampir tiba di rumah sewa A manakala A sedang berada di luar rumah sewanya itu. Aku melihat A seperti sedang bercakap-cakap di dalam telefon dengan muka yang kelihatan snagat sedih dan sungguh risau. Jadi aku mengambil keputusan untuk dekat dengan A.

Sebaris ayat yang membuatkan aku sangat-sangat terkejut dan tersentap. "Aku mengandung ni". 
MENGANDUNG ! Apakah betul perkara yang dengar ni ? Apakah aku tidak pekak ? Aku yakin aku masih belum pekak dan aku masih belum bodoh untuk memahami maksud perkataan mengandung itu. Pada masa yang sama, A menoleh ke belakang dan dia terlihat aku yang sedang kebingungan mentafsir perkara yang baru aku dengari. 

A sedang menangis terseak-esak apabila dia melihat ku dan aku terasa seolah-olah baru sedar tentang perkara tersebut. Aku berganjak ke tempat A yang hanya 3 langkah jauh dari ku.
Dengan suara dan muka yang tenang aku bertanya pada A, "Adakah betul yang aku dengar tadi ? Kaun mengandung ?" . A tidak menjawab soalan ku itu dan semakin lama tangisannya semakin menjadi-jadi. Aku tidak mempedulikan tangisan A dan sekali lagi bertanya dengan suara yang tegas, "sekali lagi aku tanya kau ni, Adakah kau mengandung ?" .Dalam hati, aku amat berharap bahawa semua ini hanya gurauan atau prank atau mugkin April Fool semata-mata. Tetapi harapan ku itu umpama besi yang hancur lebur apabila A menganggukkan kepala nya dan itu bermaksud A betul-betul mengandung. Aku tidak tahu apa yang aku rasakan. Terlau banyak perasaan yang ku rasakan sehingga aku sendiri tidak mampu untuk menggambarkan perasaan ku. Yang pasti, apa yang kurasakan kini adalah sangat tidak baik. 

Aku terusan pertanyaan ku kepada A, "Anak siapa yang kau sedang kandungkan ni haa ?" Aku tak sangka semua ni terjadi. Aku ingatkan kau hanya setia kepada ku seorang. Bukan sekejap perhubungan yang kita jalinkan, tapi kau khianati aku macam ni ?". Dengan takut-takut, A menjawab pertanyaan ku. A menjawab " a.... aaa...aaaa....kuuuuuuuuu, aku sedang mengandung anak........ anak... Z". Kala itu aku sedang rasakan bahawa dunia sedang mentertawakan ku, aku rasa seperti sedang dihempap sebuah batu konkrit yang sangat berat. Aku rasakan aku seolah-seolah sedang lemas di dalam lautan pengkhianatan , 

Suasana sepi seketika , kemudain aku melihat Z datang ke arah aku dan A. Apabila aku melihat muka Z, tidak terasa air mata ku mengalir menyentuh pipi ku. Aku takkan rasa sesakit sini jika hanya mengetahui bahawa A sedang mengandung. Tetapi sekarang, aku rasakan kesakitan itu menjadi berganda-ganda. Sangat tidak ku sangka, sahabat ku dari kecil, yang ku umpamakan perhubungan sebagai isi dengan kuku sedang mengkhianati ku. Rasa pengkhianatan seorang kekasih tidaklah begitu menyakitkan . Pengkhianatan oleh seorang sahabat ternyata lebih menyakitkan berbanding pengkhianatan seorang kekasih. Tetapi , sekarang perasaan ku bagai dihiris sembilu abstrak kerana aku dikhianati oleh kedua-dua orang yang aku sangat percaya dan sayangi, pengkhianatan seorang sahabat dan kekasih bersatu menjadi pengkhianatan yang aku sendiri tidak mampu untuk aku
zahirkan bagaimana. Aku rasakan hidup ku umpama terhenti. Aku mengharapkan aku hilang ingatan kerana aku tidak ingin melalui keadaa erit sebegini. Lalu aku pergi dengan hati yang hancur berkecai. Hati ku kini umpama gelas kaca yang terhempas dari gunung yag tertinggi di dunia. Serpihan kaca itu hanya melukakan diri ku. Hati ku hanya tingga cuma serpihan.

Aku mempunyai dua tangan, aku mempunyai 10 jari, aku mempunyai dua kaki, aku mempunyai 10 jari kaki, tetapi aku hanya mempunyai SATU HATI. tetapi mengapa hati ku yang SATU itu juga yang mereka sakiti ? Jika aku luka fizikal, ia mampu sembuh , tetapi jika hati ku yang terluka, apakah ia akan sembuh seperti sedia kala ? Apakah ia akan pulih dengan sempurna ? 
Luka itu mungkin sembuh tetapi retak itu pasti ada .

Kisah ini bukan kisah penulis, tetapi kisah ini adalah kisah benar yang direka dan diubahsuai oleh penulis

ManisaMong

No comments:

Post a Comment